Aktiviti Malam




Bermesra bersama Eja dan Anteng (Abang) sementara menunggu untuk berbuka puasa petang semalam...Menu berbuka puasa hari ini ialah Nasi Ambeng (salah satu makanan popular orang Johor terutama orang Jawa)
Selepas Maghrib aku bergegas ke pejabat semula kerana ada perbincangan dengan boss dan pegawai-pegawai lain mengenai 'presentation' kepada Menteri Besar pada 24 Oktober ini. Perbincangan tersebut berakhir pada pukul 10.30 malam.
Habis perbincangan...aku, pyan dan zali bermain snooker di Larkin Perdana sehingga pukul 1.30 pagi dan balik rumah terus bersahur dengan wife. Menu...nasi putih ayam goreng kunyit dan teh o panas (err...sedapnya sebut benda-benda ni di waktu sedang berpuasa ni...cobaannnn!!!).
Dikuasakan oleh Blogger.