Malam Tujuh Likur Dan Semangat Raya





Orang tua-tua kata Malam Tujuh Likur ialah 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Di masa itu semua umat Islam bertungkus-lumus membuat ibadah sepanjang malam untuk merebut satu malam yang dipanggil 'Lailatul Qadar'. Aku tak tahu dari mana asalnya perkataan 'Malam Tujuh Likur' ini. Kalau masa kecik-kecik dulu aku rajin pergi cari buluh di kebun-kebun atau belukar-belukar untuk membuat 'pelita raya'. Tapi sekarang ni zaman sudah berubah, dah tak perlu lagi bersusah-payah untuk mendapatkan 'pelita raya'. Asal ada 'RM' jek...dapatlah menyediakan 'pelita raya' tersebut.

Haa...kerana nak mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak, aku dan Anteng memasang pelita raya ni di rumah sendiri semalam. Ini juga untuk anak-anak aku dapat menikmati bersama kemeriahan Hari Raya Aidilfitri ni. Selalunya orang memasang pelita ni bermula pada malam 21 Ramadhan. Tapi kami memasangnya 4 hari lebih awal kerana semangat dah semakin berkobar-kobar...ekekekekee!!!


Post a Comment

0 Comments