Selesai Juga Akhirnya
















Akhirnya, setelah hampir seminggu berlalu, mereka selesai dengan tugasan mereka menyiapkan kerja-kerja membaiki bumbung rumah kami. Alhamdulillah, sekarang ini kami sudah boleh tidur dalam keadaan selesa tanpa risau air hujan akan membanjiri bilik lagi. Gambar-gambar ini dirakamkan semasa kerja-kerja membaiki dijalankan. Pada hari ini, kerja-kerja tersebut telah pun selesai dilaksanakan. Syukurlah. Sungguhpun demikian, trauma pokok akan tumbang menghempap rumah tetap menghantui kami tiapkali hujan lebat melanda. Walaubagaimanapun, kami berserah kepada Allah Yang Maha Berkuasa supaya kami dilindungi daripada segala malapetaka dan bahaya, Amiin Ya Rabbal Aalamiin.

Post a Comment

0 Comments