Back To School









Cuti sekolah 2 minggu dah pun habis. Masa enjoy-enjoy aku pun dah berakhir. Kenalah bertugas macam biasa, pagi-pagi hantar anteng pergi sekolah, tengahari ambil balik sekolah. Semalam first day anteng pergi sekolah setelah berehat sakan selama dua minggu. Hari pertama pergi sekolah je dah dapat 'bonus'. Ntah dia main apa agaknya kat sekolah, lutut dah terluka. Terhenjut-henjut berjalan balik. Bila tanya kenapa, takut dia nak menjawab kaki dia luka. Biasalah, bapak dia ni kan garang macam singa. Itu yang dia takut nak mengadu dia jatuh.
Dikuasakan oleh Blogger.