JB - Melaka - Pekan Baru








Weii, aku kena gi indon la plak. Kali ini aku pergi bersama bapak ikan oopss..bapak sapian atas urusan Sosek Malindo yang aku tak tau sepatah haram pun apa maknanya. Ini atas arahan boss masa dinner kat rumah dia malam semalam. Kena ganti tempat boss daa...

Dahlah tu, kena bangun pagi-pagi buta plak tu, bertolak ke Terendak, Melaka sebab flight tu berlepas dari Melaka direct ke Pekan Baru, Indonesia. First time aku naik kapal terbang nampak kipas ngan tyre dia dari tingkap dalam kapal terbang tu. Err...kalau tak silap aku kapal terbang ni Fokker (eh betul ker ejaan ni eh? Jangan salah sebut udah ler, karang haru plak!) Ni indon nyer kapal terbang. Merpati Air ker, gitu lah kalau tak salah. Ahh tak kisah ler, nasib baik paramugari dia cun-cun...hehehe, jangan mare sayang, sumpah abang tak terpikat, err...tapi dah simpan nombor phone paramugari tu...hahaha!!! (mati ler pasni kena pelangkung ngan bini aku!)
Delegasi yang ikut serta ni semuanya boss-boss dan bossia. Cumer aku ngan bapak sapian jek yang bossial (opss kena censored ni). Diaorang ni pangkat besau-besau. Tapi aku apa kurangnya, besar gak, tapi besar kepala, hahaha!! Kalau tak caya, tengok jek la gambar-gambar tu, diaorang semua pakai proper, lounge suit, siap ngan blazer dan coat pelbagai. Aku plak, ngan round neck shirt, jeans lagi! Peduli apa, janji rock, yeay yeahhh!!!
Tapi ada cerita lagi dasat, ni di luar pengetahuan aku. Rupa-rupanya aku dilantik jadi Pengerusi salah satu Jawatankuasa untuk Sosek Malindo ni, haa ambik kau!! Dahlah tak tau sepatah haram, tup tup jadi Pengerusi, klass gituu!! (p/s : Pengajarannya, jangan sesekali bersetuju apabila boss arahkan untuk menggantikannya untuk sesuatu majlis yang sepatutnya boss sendiri yang patut hadir). Anyway, aiman tak kisah, sekurang-kurangnya dapat pengalaman baru yang amat berharga untuk dikenang-kenangkan masa tua nanti.

Post a Comment

0 Comments