Aku Dah Habaq Dahhh!!



Ni catatan masa kol 12 tengah malam. Tinggal Daerah Batu Pahat jek yang masih duduk di Pusat Banjir. Jumlahnya masih ramai, 41 ribu orang lebih dengan 9 ribu lebih keluarga duduk kat 95 Pusat yang masih beroperasi


Tengok ler mata aku yang spara sedar tu...masa gambar ni diambil, dah pukul 4 pagi. Masih ada 4 jam lagi perlu dihabiskan sebelum duty ni tamat

Haa kan dah betul apa aku cakap tuhari masa gelombang pertama banjir melanda Johor. Bila gelombang kedua datang silap-silap kena jaga lagi bilik gerakan banjir cam tuhari. Nampak gayanya memang jadi kenyataan. Kalau hari itu aku ditugaskan dari pukul 4 petang sampai 12 tengah malam, semalam plak aku kena bertugas dari pukul 12 tengah malam sampai la pukul 8 pagi, haa...ambik kau labu...dah la sebelah siang aku mengemas opis dari pagi sampai ke maghrib, kena jadi jaga la plak dari tengah malam sampai ke pagi. Pastu, habis jadi jaga, balik rumah pagi tu, kena hantar anak dara aku yang sorang tu la plak gi klinik pakar kulit nak check kulit dia yang dah macam puteri lilin, tak boleh kena kotor2 ker, habuk2 ker, salah losyen ker, sure allergy. Nak hantar hari Jumaat dan Sabtu, klinik pakar tu tutup. Nak hantar hari lain, kerja ler plak. Terpaksa la hantar hari Ahad.
Dah sampai klinik, nauzubillah, punyer la ramai manusia kat klinik tu! Terpaksa la buat appointment datang sebelah petang. Katanyer nanti datang semula kol 2.30. Terpaksa ler balik semula ke rumah. Dah sampai rumah, ingatkan dapat ler lelapkan mata barang sejam dua ker...HARAM...dah sedap2 peluk bantal, baring atas tilam, baik punyer landing, mata la plak terkebil2 tak boleh tido. Agaknya dah lebih 24 jam tak tido, gitu la gamaknya, tak boleh tido terus. Puas ler pujuk diri suruh tido, hmmm...tak jalan BEB! Last-last aku layan tengok tv jek ler sementara nak tunggu kol 2.30.
Kol 2 lebih kitaorang pergi ler semula ke klinik pakar kulit tu. Memang manusia ni ramai penyakit kulit la agaknya, tak susut2 jumlah diaorang yang ada di klinik ni. Ntah rawatan mende gaknyer yang nak diminta ngan doktor tu! Doktor ni sure kaya-raya. Mana tidaknya, koman2 sekali rawatan pun cecah ratus2! Kena sepuluh orang yang datang dalam sehari pun dia dah dapat ribu2!! Hmm...ntah ler, aku ni pun dah terpaksa, pergi klinik kerajaan pun tak jalan, cari klinik biasa pun takder, ni kira jalan terakhir ler ni, pergi klinik pakar. Tak kisah ler, janji anak aku tu sembuh, terpaksa berabis duit pun aku tak kisah sangat. Duit boleh dicari, anak ni, bukan boleh jadi camtu jek, malam buat siang dah jadi! Kalau macam tu punyer senang, takyah la orang susah2 berubat nak dapatkan anak, ye tak? Ni dah ada ni, jaga jek ler elok2. Mudah2an boleh jadi anak yang soleh dan solehah. Tu jek la harapan dan doa dari mak bapak!
Dikuasakan oleh Blogger.