Cerita Banjir Lagi...

kat meja ni la aku duduk sorang2 sampai kol 12 malam baru boleh balik
masa aku bertugas ni, mangsa tinggal 2,874 orang yang masih berada di pusat banjir dan dilaporkan seramai 15 orang yang mati

Bercerita mengenai banjir ni, bebudak opis aku telah ditugaskan menjaga Bilik Gerakan Banjir secara bergilir-gilir masa Gelombang Pertama Banjir melanda Johor minggu lepas. Kami diarahkan bertugas selama 8 jam di Bilik Gerakan mengikut giliran. Ada yang bertugas dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, dari 4.00 petang hingga 12 malam dan dari 12 malam hingga 8.00 pagi secara percuma. Kira macam sukarelawan jugaklah. Tapi kerja opis tetap kena kerja macam biasa. Maknanya 16 jam la sehari kitaorang kena kerja. Dua orang ditugaskan dalam satu masa. Nasiblah kalau dapat 'partner' yang ok ker tak ok ker masa bertugas tu. Kerjanya ialah mencatatkan laporan jumlah mangsa banjir yang ada di setiap pusat pemindahan banjir, berapa orang yang dah balik ke rumah, berapa orang yang mati, dan apa-apa sajalah yang berkaitan.
Giliran aku kena tugas dari pukul 4.00 petang sampai kol 12.00 malam hari Selasa, 9 Januari tuhari. Tapi masa tu, keadaan dah tak berapa teruk sangat seperti mula-mula banjir melanda. Jumlah pusat pemindahan pun dah banyak yang ditutup dan mangsa pun ramai yang dah pulang ke rumah masing-masing. Gambar-gambar di atas tu diambil masa aku bertugas kat situ. Hanya tinggal daerah Batu Pahat jek yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir. Lain-lain daerah dah ok, alhamdulillah.
p/s Cerita di atas adalah semasa Gelombang Pertama. Keadaan pada Gelombang Kedua Banjir Melanda adalah lebih teruk daripada itu. Jumlah mangsa yang dipindahkan di seluruh Johor adalah melebihi 100 ribu orang. Kalau keadaan ini berterusan, berkemungkinan besar kami akan diarahkan sekali lagi untuk bertugas di Bilik Gerakan. Mudah-mudahan keadaan akan pulih dengan segera dan kembali seperti sediakala, insya Allah.
Dikuasakan oleh Blogger.