Kembali Ke Sekolah

makan roti canai jek buat alas perut
ice-cream...menu wajib balik sekolah
Dah tiba masa untuk ke sekolah semula. Sekarang anteng dah masuk Tahun 2 sekolah kebangsaan dan darjah 2 juga di sekolah agama. So, rutin kerja aku pun kembali seperti dulu. Pepagi kena antar gi sekolah kebangsaan. Pastu kol 1.15 tengahari ambik balik sekolah then kena antar terus gi sekolah agama sebab tahun ni dia start kelas agama dari kol 2.00 pm sampai kol 3.30 pm. Kalau tahun lepas dia start sekolah agama kol 3.30 pm sampai kol 5.00 pm. Salin pakaian pun kat dalam kete jek. Makan pun kadang dalam kete, kadang kat kantin sekolah agama. Macam tu la kerja aku hari-hari sepanjang waktu persekolahan tahun ni...Apa-apa pun, yang penting papa sentiasa doakan anteng akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan memiliki ilmu yang berguna untuk bekalan akhirat, insya Allah.
Dikuasakan oleh Blogger.