Maaakkk...taklehh baaaliiikkk!!!

Gembiranya member aku dua orang ni. Agaknya tak pernah tengok banjir depan mata kutHaa...kemas cepat bang, karang hanyut plak semua barang-barang tu. Dari tadi orang suruh kemas, dia buat 'dek' jek. Bila air naik dengan pantas, baru ler nak kelam-kabut masing-masing macam Karam Singh Walia, sibuk nak melaporkan berita banjirkesian aku tengok kete kancil ni, pasni sure macam-macam yang rosak
kete gallant ni slumber jek harung banjir, macam motor botwira ni kira eksyen gak ler, main reverse jek, masuk air dalam ekzos (kalau jawa cakap ejjoss) baru dia tau
tengok ler, pondok bas pun dah tenggelam, berdiri kat situ sure air dah paras dada
Hujan mencurah-curah lebih 48 jam dari hari Rabu sampai la semalam. Air dengan pantasnya memenuhi seluruh kawasan bangunan opis aku. Mulanya sedikit, sejam kemudian, dah penuh dah. Lebih 1 meter. Akibatnya, aku ngan kengkawan terkandas di opis. Lebih 5 jam gak la dok kat opis. Banyak kete yang tenggelam. Agaknya lepas ni, bengkel kete sure kaya-raya. Memasing kena overhaul. Ada antara kami yang mengharung air sampai ke tempat yang tinggi sedikit. Pastu suruh sedara-mara datang ambik. Kete tinggal kat opis jek. Tapi aku dan beberapa geng lain, tunggu jek kat opis, main pingpong sampai air surut sedikit, kira-kira pukul 6.30 petang baru la dapat balik rumah. Nasib tak kena tido kat opis. Ni merupakan kali kedua la kena. Masa yang pertama dulu, kena waktu awal pagi. Tak dapat nak masuk opis, memang dah macam pulau dah opis aku. At last, kitaorang gi breakfast kat luar ramai2, pastu gi main snuker, main bowling dan macam2 lagi la sampai ke petang. Kol 4 petang baru la dapat masuk opis masa tu.
Bebudak opis aku pun ada yang tak dapat datang ke pejabat. Ni kes yang duduk kat Kota Tinggi. Ada gak yang duduk kat JB pun tak dapat datang, pasal rumah diorang kena banjir. Yang Kota Tinggi tu memang sure la sebab dah terputus hubungan pasal jalan dari Kota Tinggi ke JB tu memang dah dipenuhi air. Cumer yang dok JB ni yang katanya tak dapat datang pasal kena banjir tu tak sure la betul ker tidaknyer. Ntah2 banjir atas katil jek kut...lantak korang ler...
Tak tau la lepas-lepas ni. Hujan pun nampak gayanya masih lagi mencurah2 tak tentu masa. Kitaorang tunggu jek kalo-kalo pagi hujan lebat, kut2 air naik lagi, boleh ler takyah datang opis. Tapi jangan ler kena banjir sebelah petang, tak pasal2 kena tido opis, naya jek...

Dikuasakan oleh Blogger.