Main Badminton la Pulak !!!

Kanak-kanak Kurang Upaya ni pun main badminton gak tau!Kalau ye pun dah tak tahan sangat nak memerut tu, takkan la main mencangkung kat gelanggang jek, pi la jamban sana, tak senonoh tul lahhh !!! pom pom girls
Gelanggang ni pun dah jadi Pusat Asuhan Kanak-kanak...errr jangan marah ya buk !Dua orang jagoan Kanak-kanak Kurang Upaya (KKU) sedang beraksi
Malam tadi, aku ngan bebudak opis dan juga budak opis Tourism Malaysia Johor, pi main badminton kat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor di Larkin. Hujung minggu ni ada tournament, so ni kira persediaan la sambil2 untuk menyihatkan badan yang dah penat asyik dok opis bekerja jek. Otak pun dah naik beku. At least, ni kira dapat release tension gak la kan. Malam tadi ni kira malam permulaan la untuk sukan badminton. Selalunya kitaorang main pingpong, bowling ngan futsal jek setiap minggu. Kali ni acara telah diperluaskan sket. Dah masukkan badminton dalam jadual mingguan. Lepas ni ada gak la Dart dan Carrom. Tapi dua jenis sukan ni main kat dalam opis jek sebab indoor game. Takyah susah-payah nak sewa gelanggang. Papan carrom pun memang aku dah belikan lama dulu, dah naik berabuk dah kat opis ni. Papan 'dart' aku dah tempah semalam. Hari ni dapatlah sebab stock kat kedai dah abis. Malam tadi main pun dapat 2 jam sajork sebab tau jek la, sewa tempat orang ni, masa terhad.
Malam ni kitaorang bercadang nak main lagi. Rasa ringan sket bila peluh banyak kluar ni. Tapi cam biasa ler, tangan sure sakit2 punyer lah...bangun pagi pun cam malas jek nak gi kerja. Apa-apa pun jadual mingguan dah makin sibuk sekarang siang dan malam.

Dikuasakan oleh Blogger.