mummy...eja nak gi sekolahhh!!

Hari-hari minggu camni abiskan masa ngan anak-anak jek kat ghumah memang ler suatu saat yang amat dinanti-nantikan. Tau jeklah, sepanjang minggu dah sibuk ngan kerja-kerja opis yang tak pernahnya berkesudahan. Kepala otak pun dah naik sarat ngan macam-macam yang perlu difikirkan dengan kerja-kerja yang perlu dibereskan. Bila dapat lepak-lepak kat ghumah berulit ngan eja ngan anteng ni, terasa semua bebanan dan tekanan kerja tu hilang serta-merta. Anteng macam biasalah, kalau weekend tu memang kena siapkan homework. Eja pun takder kurangnya. Busy gaklah ngan 'homework' dia sendiri, bawa beg dan buku ke sana ke mari. Sekarang ni, tak lekang perkataan "adik nak gi sekolah" dari mulut eja. Dah tak sabar-sabar nak bersekolah. Tiap-tiap hari ada saja yang nak ditulis dalam buku tulis yang anteng bagi padanya. Tak cukup dengan buku tulis, dinding rumah aku plak yang jadi mangsa. Tak cukup ngan dinding living room dan dining room, dinding bilik pun dah jadi mangsa gak. Penat ler mummy ngan bibik membersihkannya. Sekarang ni eja pun dah semakin pandai bertutur. Dah pandai kira 1 hingga 20, dah pandai cakap A hingga Z, dah pandai baca alif baa taa, dan dah pandai sebut one two three sampai twenty. Eja kata dia nak gi 'kumon' macam anteng. Nak pandai dalam matematik. Pastu nak gi sekolah 'nuri' (tadika masa anteng 5 hingga 6 tahun). Macam tu lah keletah anak dara aku yang sorang ni...
Dikuasakan oleh Blogger.