New Year Fever

Lebih kurang pukul 2.30 pagi tadi tiba-tiba eja menangis dan sesak nafas. Suhu badan eja meningkat ke 40 darjah celcius. Pastu dia muntah-muntah banyak kali. Habis tempat tidur, bantal, tilam, selimut, baju dan kain kena muntah eja. Apa yang buat kami kalut bila eja seolah-olah tak boleh bernafas...memang cuak abis masa tu. Tak tau nak buat apa dah. Kami terpaksa goncang-goncang dada eja sebab tengok memang sukar betul dia nak bernafas masa tu. Tuhan saja yang tahu perasaan aku ngan wife waktu tu. Pagi-pagi buta tu jugak kelibut cari nombor telefon klinik yang ada dalam simpanan untuk mengesahkan klinik mana yang masih beroperasi 24 jam sebab walaupun kami dah bagi ubat demam pada eja, suhu badannya masih belum menurun. Akhirnya, aku dan wife ambil keputusan bawak eja gi klinik waktu tu juga. Mujurlah ada klinik yang beroperasi 24 jam. Gambar-gambar di atas ni diambil sewaktu pulang dari klinik. Masa tu jam menunjukkan hampir pukul 5 pagi. Masa kat klinik tadi pun ramai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan, agaknya musim orang sakit.
Sepanjang malam aku ngan wife berjaga tak dapat tidur. Kebetulan plak, pagi ni aku kena bertugas di Terminal Feri Stulang Laut untuk menyambut pelancong yang datang ke Johor sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 yang betul-betul bermula hari ini (1 Januari 2007). Sewaktu entry ini dimasukkan, aku baru sahaja selesai bertugas dan dengan keletihan dan mengantuk yang amat sangat.
Eja sayang...mudah-mudahan sayang cepat sembuh ye...Papa dan Mummy risau betul pagi tadi...Papa dan Mummy doakan, eja akan pulih segera...amiin ya rabbal aalaamiin.
Dikuasakan oleh Blogger.