Amboii...macam 'mem' besar jek

Hari Sabtu lepas aku gi opis sekejap pasal nak ambil drill aku yang tertinggal kat opis. Ada lubang yang perlu aku tebuk kat dinding rumah. Eja macam biasalah, pantang nampak aku ambik kunci kete, sure dia tanya, "papa nak gi mana?" Nak ikut ler tu...So, nak tak nak, kena la bawak jugak. Anteng ngan mummy tak ikut sama. Aku berdua jek ngan eja. Sampai kat opis, sibuk dia nak duduk kat meja kerja aku. Mula-mula elok jek duduk atas kerusi, sekejap jek...pastu naik plak atas meja. Dahtu, gayat la plak, sibuk nak dukung. Macam-macam anak dara aku sorang ni...
Dikuasakan oleh Blogger.