Buai Laju-laju

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina
Anak dara aku sorang ni suka betul bila dapat main buaian masa di kampung. Tambahan lagi masa dia main buaian tu kitaorang nyanyikan lagu buai laju-laju. Lagi la dia suka bangat. Terasa macam dara pinggitan kut. Takpun macam dalam citer bawang putih bawang merah masa anak raja terdengar dia menyanyi sambil berbuai di bawah pohon beringin, poyo jek kan, hahaha...Kalau di kampung, buaian tu diikat pada tiang gelegar rumah, tu sebab ianya kuat untuk dibuat main. Kalau kat umah sendiri, dahler pakai buaian segera, kalau dihayun kuat-kuat alamatnya tunggang terbaliklah buaian tu sebab tak kuat sangat dan tak balance.
Dikuasakan oleh Blogger.