Tsunami Melanda Lagi

kalau yek pun rindu bangat, takkan ler mesin fotostat tu pun dah nampak macam si dia yang tersayang...bukan main baik lagi landing aqaq kita sorang ni...
Cak !!!ciannya abang SASA...dah tak larat nak berdiri dah...dok mencangkung pun dah macam kena buasirJolok motor ye bang ?! ini ruang meja aku...naik pitam nak mengemas semulaCari gambar tersembunyi...
Aduii...berseleraknya...camno nak kasi bersih ni...?!
Haa ambik kau, blom habis penat mengemas masa pecahkan petisyen tuhari, dah kena plak memporak-perandakan barang-barang opis. Kali ni lagi teruk. Kena keluarkan semua barang. Pasal nak tukar karpet baru. Macam nak putus urat kentut dibuatnya. Nasib baik ler ramai yang datang Sabtu dan Ahad tuhari. Kalau dua tiga orang jek staff yang datang, alamatnya sampai Subuh ler tak sudah...Ini pun start pagi, sampai kol 9 malam tak siap mengemas. Esoknya sambung lagi. Tak cukup gak, pagi tadi ramai-ramai kemas satu opis. Masing-masing kemas tempat sendiri yang dah macam dilanda garuda tu. Ingatkan lepas kena tsunami jek teruk, tukar karpet baru pun apa kurangnya...macam nak pengsan woo. Nasib tak demam. Tapi, sakit satu badan tu for sure lah yek. Yang penting, opis aku dah macam rumah pengantin, karpet merah tu wa cakap lu...berseri jek! Dah masuk sepuluh tahun karpet tak berganti, tau-tau jek la camner keadaannya, macam orang yang tak mandi sepuluh tahun jugaklah gamaknya...

Dikuasakan oleh Blogger.