Adik Nak Masuk Kumon Jugak

Bila sesekali dapat peluang ikut menghantar abang ke kelas kumon, eja, macam tu lah, seronok sangat. Tak abis-abis mulutnya bercakap, "adik nak masuk kumon jugak...boleh tak?" Terpaksalah bagitau kat eja, nanti kalau dah 4 tahun baru boleh, sekarang eja masih kecil lagi. Nanti cikgu kat situ tak larat nak melayan karenah eja. Boleh pengsan dibuatnya. Tau jek la, sekarang mulut eja dah semakin becok, petah sangat berkata-kata. Macam-macam yang nak ditanya. Kadang soklan yang kuar dari mulut eja pun kita tak dapat jangka. Macam orang dewasa jek gelagatnya kalau bertanya itu dan ini.
Dikuasakan oleh Blogger.