Akibat Memandu Laju

Lebih 50 buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pada masa yang sama di sepanjang plus highway antara Ayer Hitam ke Johor Bahru. Puncanya adalah hujan lebat yang mencurah-curah dan ada pemandu-pemandu yang memandu laju walau dalam keadaan penglihatan yang kurang jelas waktu itu. Kejadian ini berlaku masa aku dan family nak pulang ke JB dari kampung. Masa tu kami terperangkap dalam kesesakan lebuhraya hampir dua jam. Sepanjang jalan tu kami lihat bermacam-macam jenis dan model kereta dan kebanyakannya adalah kereta mewah dan berpendaftaran negara Singapura yang terlibat di lorong kanan dan kiri highway. Ada lebih 5 tempat yang terlibat pada waktu itu di sepanjang laluan kami. Apa yang kami dapat lihat, semuanya menyondol dan disondol oleh kenderaan dari belakang. Bila kita lihat keadaan sebegini, siapakah yang patut dipersalahkan? Memanglah kemalangan itu tidak dapat dihidu. Tapi, apa-apapun kita masih boleh berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika dalam hujan lebat. Jika boleh jangan memandu terlalu laju kerana bila melebihi had kelajuan yang ditetapkan, berkemungkinan kita tidak sempat untuk membrek atau mengelak bila ada kenderaan dihadapan kita membuat hentian secara mengejut (emergency brake). Ingatlah tiga perkataan ini "MERAH TANDANYA BERHENTI", "ANDA MAMPU MENGUBAHNYA".

Post a Comment

0 Comments