Buah Tangan Sarawak

kedai-kedai souvenir yang begitu banyak di Bazaar ni. Tu tak termasuk di India Street, pun ada banyak juga
wah, anteng ngan eja tolong mummy pilih barang-barang souvenir yek?tengok tu, busy betul si eja ni memilihsales girls kat situ pun suka melihat keletah eja shoppingdah penat shopping, kita minuuuum duuuluuuu!!! sempat lagi berposing kat dalam kedai souvenir anteng teringatkan sumpit ni masa show di Kampung BudayaMacam ni tau orang dayak tu menyumpit

Dah puas meronda-ronda, tibalah masa untuk singgah di Bazaar di Kuching untuk membeli sedikit buah tangan untuk family. Kat Bazaar ni ada bermacam-macam jenis barang yang boleh dijadikan cenderamata kenang-kenangan. Sempatlah memilih beberapa jenis barang. Ikan masin terubuk pun ada tau. Satu kotak besar untuk diagih-agihkan kat family dan kengkawan di Johor nanti. Masa kat pasar nak beli ikan masin terubuk tu, dapatlah melihat secara 'live' macam mana mereka menyiang ikan terubuk segar tu dan dibubuh garam untuk diperam dan dijadikan ikan masin. Satu lori penuh dengan muatan ikan terubuk segar diaorang kena siapkan untuk dijadikan ikan masin dan dijual terus kepada pelanggan-pelanggan yang datang ke situ. Sarawak ni memang terkenal dengan ikan terubuk masinnya. Tak sah kalau pergi ke sini jika tak membelinya.
Dikuasakan oleh Blogger.