Ronda-ronda di Kuching (1)

Gunung Serapi dibaluti awanPulau Kera (lagendanya ialah kepala Puteri Sejinjang yang diketuk dan menjadi pulau)Brother rocker yang bawak kitaorang ronda-ronda KuchingGunung Santubong (Puteri Santubong yang mati kerana bergaduh dengan adiknya Puteri Sejinjang)
Makam ini dikatakan milik Kerajaan Brunei Pemandangan Gunung Santubong yang jika diamati dari jauh adalah seumpama badan manusia yang sedang berbaring secara mengiring yang mana lagendanya ada Puteri Santubong yang mati dibunuh oleh saudaranya sendiri iaitu Puteri Sejinjang
Setelah tamat menziarahi Kampung Budaya Sarawak, tibalah masa untuk berjalan-jalan ke tempat lain pula. Kami kena bergerak pantas disebabkan masa tidak begitu banyak lagi yang tinggal. Kalau nak diikutkan, percutian selama 3 hari 2 malam adalah amat tidak mencukupi untuk menziarahi keindahan Negeri Bumi Kenyalang ini. Namun, kami tidak akan persiakan dengan masa yang kami masih ada untuk menikmati keindahannya.

Post a Comment

0 Comments