Balik Awal

Semalam dan hari ini, anteng pulang awal dari sekolah. Semalam tamat exam pukul 11.30 pagi manakala hari ni pukul 11.45 pagi. Aku mintak permission kepada sekolah untuk membawa anteng pulang awal kerana keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan. Nak bagi dia berehat kat rumah. Nasib baik sekolah agama dah start cuti. So, dapatlah anteng berehat kat rumah. Hari ni masa aku dah nak sampai ke sekolah anteng, hujan lebat turun mencurah-curah. Basah gak la baju aku masa kluarkan payung dari boot kereta masa di sekolah anteng. Jangan pasni aku plak yang demam, sudah! Banyak benda yang nak kena settlekan kat opis. Kalau demam, alamatnya terganggu gak la kerja-kerja opis. Ooh yek, arinih masa aku sampai rumah tengahari tadi, eja ada di bilik. Dia tak tau pun aku antar anteng balik. Kalau dia tau, for sure macam selalu la, nak mintak upah ronda-ronda dulu sebelum aku boleh balik semula ke opis.
Dikuasakan oleh Blogger.