Cayang bucyuk manja papa dan mummy...

Gambar-gambar ini diambil ketika aku pulang ke rumah selepas bertugas di Pameran Orkid Antarabangsa Johor 2007. Waktu tu dah malam pun. Macam biasa la, sampai jek kat depan pintu rumah, sure eja dengan anteng dah menunggu kat situ. Tapi anteng tak sihat. Kena demam dan selsema. Tengok jek la gambar-gambar anteng tu, makan pun nak kena disuapkan sambil berbaring. Sakit bebenor agaknya. By the way, dah dua malam ni tinggal aku berdua jek ngan wife kat rumah. Anak-anak dan bibiks pi makan angin ikut sepupu diaorang. Almaklum la, kan cuti sekolah selama 2 minggu. Masuk hari ni dah 3 hari ler kitaorang tak jumpa ngan eja dan anteng. Cumer berhubung melalui tipon jek. Dapat dengar sore diaorang pun jadi lah. Rasa lain gak la bila balik rumah jek senyap sunyi. Dah tak macam selalu, riuh-rendah dengan sore anteng ngan eja jek. Waduhh rindu bangat kat bebudak dorang ni...

Post a Comment

0 Comments