Selamat Pergi Dan Selamat Kembali

Mama dan Abah bertolak semalam ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan akan pulang ke tanahair pada 20 Mei nanti. Aku sekeluarga sempat menghantar Mama dan Abah sebelum mereka menaiki bas menuju ke Changi Airport, Singapura. Bas tersebut bertolak dari Batu Pahat dan singgah di Taman Perling untuk mengambil jemaah yang di JB dan kemudian terus ke Changi Airport. Selamat pergi dan selamat kembali untuk Mama dan Abah, semoga dapat menyempurnakan ibadah umrah sebaiknya, insya Allah.
Dikuasakan oleh Blogger.