Seminar Okid 2007

Satu seminar mengenai orkid telah diadakan bersempena Pameran Orkid Antarabangsa Johor 2007. Seminar ini telah diadakan di Hotel The Zon, Stulang Laut, Johor Bahru pada hari Ahad yang lalu. Peserta-peserta terdiri daripada mereka-mereka yang mengambil bahagian dalam Pameran Orkid tersebut dan juga terbuka kepada orang awam. Seminar ini telah diadakan bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 5.30 petang.
Dikuasakan oleh Blogger.