Banyaknyer Urusan...!!!

'Jangan Pandang Belakang....!!!'
kat depan klinik menunggu klinik dibuka...
bersarapan pizza yek? Sedapnyer...
Lepas selesai urusan anteng di sekolah semalam, kitaorang terus bergerak ke klinik untuk urusan fomema bibiks plak. Kebetulan kat sekolah anteng ada jual domino pizza, so, bebudak ni bersarapan dalam kete jek. Tiba di klinik hampir pukul 9 pagi. Klinik pun blom bukak lagi. Kitaorang menunggu lebih kurang 5 minit jek. Ni kira pelanggan pertama ler ni. Kalau pergi lambat takut nanti penuh sangat. Urusan di klinik ambil masa setengah jam gak. Selesai urusan di klinik, aku antar diaorang ni balik rumah. Lebih kurang pukul 10 lebih, klinik tu call suruh datang balik sebab darah yang diambil tidak mencukupi untuk dibuat pemeriksaan. Terpaksa ler pergi semula. Kena angkut ler sumer sekali sebab takder sapa nak jaga kalau ditinggalkan kat rumah. Dah settle di klinik, antar lagi diaorang balik rumah.
Lepas antar diaorang ni balik rumah, kena ambik mummy plak di opis. Kali ni nak berurusan dengan kwsp la plak. Nak kuarkan simpanan kwsp nak settlekan pinjaman rumah. Kat kwsp ni ramainyer manusia. Memasing sibuk berurusan nak kuarkan simpanan. Almaklum, sekarang kan kwsp dah bley kuarkan tiap-tiap tahun. Tu sebab ler ramai!! Satu jam setengah gak kat kwsp tu baru selesai. Dah selesai, antar wife balik ke opis dia semula. Lepas tu baru ler aku dapat balik opis aku sendiri. Fuhhh...letih wa cakap lu...!!!
Dikuasakan oleh Blogger.