Jom Tengok Ikan

Cadangan dah lama nak bawak anak-anak gi Akuaria di KLCC bila cuti sekolah. Kebetulan memang semuanya dah ada di KL, mulanya ingat nak pergi Zoo Negara, tapi bila difikir-fikirkan, cuaca pun tak menentu di KL, sekejap panas terik pastu hujan lebat plak, so, kitaorang tukar plan pergi Akuaria jek. Lagipun musim cuti sekolah yuran bayaran masuk telah dikurangkan. Kalau nak pergi lain kali ntah bilamasa lagi ada peluang camni. Iyelah, bukannya selalu aku dapat bawak anak-anak ni turun KL. Setahun nak sekali pun payah. Kebetulan Eja asyik merengek ajak tengok 'fish', kata dia tak sudah-sudah. Itu yang sebelum balik ke Legend, kitaorang singgah jek di KLCC memandangkan memang dah dekat sangat dengan Micasa. Cumer sepelaung jek. Tapi tu la, masa dalam terowong ikan tu plak, Eja menjerit ketakutan. Agaknya terperanjat tengok ikannya semua besar-besar lalu atas kepala. Selalu kalau kat JB tu dia tengok ikan-ikan yang dalam akuarium semuanya comel-comel jek saiznyer. Haa, ni size giant yang banyak, mau nyer tak menjerit! Anteng plak, macam biasa la, sibuk mengambil gambar guna hp dia. Mengalahkan photographer jek si Anteng ni...iye la, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ye tak?
Dikuasakan oleh Blogger.