Kampung Festival 2007

Kena bertugas daa selama dua hari kat Kampung Festival anjuran Adex Communications Ptd Ltd bertempat di Singapore Expo, Singapura pada hari Sabtu dan Ahad semalam. Festival ni bercorak kekampungan (err, betul ker ayat ni? hahaha). Maksud aku, apa yang dijual kat sini kira macam barang-barang dari kampung la. Ada kuih-kuih tradisional, baju-baju tradisional dan apa-apa saja la yang selalunyer kita bley dapat kat kampung-kampung. Tapi kalo orang-orang Singapura (sebutannya orang-orang Singapuree...), kampung ni bermaksud, berkumpul satu tempat ler. Meriah sakan, ramai sangat manusia. Kalau di expo-expo yang kitaorang selalu join tu, macam Natas ker, Fascinating ker, Travel Malaysia ker, kebanyakannya bangsa asing dan makluk asing yang datang. Tapi kat Kampung Festival ni majoriti yang berkunjung adalah orang Melayu. Semalam kat atas pentas tu riuh sakan, tengok ler kat atas tu, ramainyer manusia. Mana taknya, dari jauh jek dah nampak artis yang buat persembahan kat atas pentas tu dengan bajunya yang merah menyala dan 'mengerlip', lip lap lip lap baju dia. Kalo artis tu pompuan tu orait gak la, ini...hmmm...jantan. Swey jek...hahaha!!! Err...takyah ler aku cakap sapa artis jantan tu, korang sure dapat agak punyer ler...Raja gelek...err...raja ker ratu, aku pun confuse! (Sorry ler, gambar dia kat atas pentas aku tak ambik pasal, macam tak tergamak nak ambik...)
Dikuasakan oleh Blogger.