Leganyer rasa...

Ahh...lega dah balik rumah...penat gak driving gi KL ni. Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 12 tengahari. Tapi tak pulang terus ke JB, sebaliknya singgah dulu di BP. Nak ziarah atuk dan nenek bebudak ni. Lagipun memang dah lama tak balik BP. Asyik kerja jek hujung minggu. Tak dapat nak balik kampung. Alang-alang, kitaorang dah dari KL ni, so, kitaorang singgah jek la ke BP masa on the way nak ke JB. Tapi kami tak tido di BP. Lepak dalam 2 jam lebih kat rumah atuk dan nenek bebudak ni sebelah aku kemudian petangnya pergi ke rumah nenek sebelah wife plak. Lebih kurang pukul 8 malam baru la kitaorang bertolak balik ke JB. Ingatkan boleh sampai awal, boleh relax awal. Sekali tu, ha ambik kau, kitaorang terperangkap dalam kesesakan lalulintas plak dari Machap sampai Kulai. Jauh tu...3 jam lebih baru sampai rumah. Itupun dah larut malam. Lepak, letih, mengantuk...macam-macam rasa!! Apa-apapun, bila dah sampai jek rumah sendiri ni, rasa penat pun hilang...rasa aman jek...bak kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..."
Dikuasakan oleh Blogger.