Malam Untuk Futsal

Kalau anda ada terjumpa atau pernah terserempak dengan mamat yang dalam bulatan sebagaimana gambar di bawah ini, sila laporkan segera ke pihak polis. Mamat ni adalah paling dikehendaki oleh Pengarah Filem Shrek 3 kerana pelakon utama filem itu telah menarik diri untuk berlakon dalam filem untuk siri akan datang iaitu Shrek 4. Pengarah filem itu hanya mahukan mamat yang dalam bulatan itu untuk memegang watak utama filemnya iaitu sebagai 'Shrek'. So, sekiranya anda ada terlihat atau terjumpa dengannya, sila telefon nombor 1800 112 556 atau terus melaporkannya ke balai polis berhampiran dengan anda. Ganjaran akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.
Malam tadi, Macam biasa ler yek, setiap hari Rabu adalah hari untuk futsal. Tapi kali ni team kitaorang kena berlawan dengan team Polis. Semput gak ler dibuatnya, main selama satu jam setengah non-stop. Kali ni tak main kat tempat selalu. Tukar kat gelanggang futsal City Plaza. Team kitaorang cumer ada 7 orang jek. Memang tak padan dengan team diaorang yang lebih daripada 10 orang. Diaorang dapat ler tukar-tukar pemain kalo penat, tapi kitaorang punyer team...errmmm...sampai abis masa ler tak bley nak tukar-tukar. Main sampai pencen!!

Post a Comment

0 Comments