Vrooom...vrooommmm

Kalo dah hari cuti tu, memang eja sure merengek ajak gi Kipmart. Apa yang membuatkan eja interested sangat kat situ, tak lain tak bukan, "eja nak tengok ular ijo (ular hijau)". Selain ada ikan-ikan perhiasan, kedai akuarium tu memang ada menjual ular yang berwarna hijau. Agaknya ular daun kut, aku bukannya kenal sangat ular mende. Ular tu sekor harganya RM 70.00. Kalo aku beli, pastu bela kat rumah, agaknya eja sure suka. Tapi...buatnyer terlepas ker, mati ker, err tak moh ler, menganiaya binatang jek...
puas tengok 'ular ijo' tu, papa, anteng ngan eja akan ronda-ronda sementara tunggu mummy membeli barang keperluan dapur. Masa ronda-ronda ni ler eja bley plak ternampak kete yang kat atas tu. Apa lagi, merengek ler dia nak naik. Selalunyer aku dudukkan jek dia kat situ, memang tak masukkan syiling pun. Bukannya apa, malas nak mengajar dia. Takut dah sekali ajar benda tu bergerak, for sure ler lain kali nak naik lagi! Tu yang malas tu...
Dikuasakan oleh Blogger.