Waris Jari Hantu

Malam tadi, sebab dah tinggal aku ngan wife jek berdua kat rumah, so, kitaorang decide nak gi tengok wayang jek la. Dok umah pun, anak-anak sumer takder, sunyi sepi sajork. Kebetulan semalam Waris Jari Hantu adalah first day tayangannya kat panggung. Lebih kurang pukul 8.30 malam kitaorang kuar rumah. Citer tu start pukul 9.40 malam. Sebelum tu pi la makan dulu. Kami berdua tengok di Golden Screen Cinema Pelangi Leisure Mall. Boleh tahan gak la citer ni, tak membosankan. Selalunya aku jarang nak tengok citer Melayu kat panggung. Bukannya apa, kadang-kadang citernyer mengarut-ngarut jek. Tapi nasib baik ler citer ni sodap ditonton. Kira tak buang karan gak la. Ada scenes yang sodih, suko, kelakor dan macam-macam lagi la. Kira untuk enjoy-enjoy memang syok menonton. Tak heavy sangat jalan citer nyor, takyah nak berkerut-kerut dahi nak memikir masa menonton. Haa, kepada sapa-sapa yang rasa nak gi tengok tu, dipersilakan. Tapi dalam banyak-banyak scene yang paling best tu masa si Arina cakap "Apa mat kepit mat kepit? Meh sini aku kepiitt ko!!!". Kepada sesapa yang rasa nak dikepit, ha, pegi ler tonton citer ni...kwang kwang kwanggg!!!
Dikuasakan oleh Blogger.