Mutiara Hatiku...


Alahai...sejuk perut ibu mengandung, sayup hati ayah memandang budak seusia 2 tahun lebih dah berjinak-jinak di tikar sembahyang. Tengok ler Eja ni, kecik lagi dah pandai dah nak bersolat. Dia kata nak jadi macam 'Nabila' yang rajin bersolat dan berdoa. Tak sia-sia nampaknya setiap hari eja duduk di hadapan tv dari pukul 5.30 hingga 6.30 petang semata-mata nak menonton cerita 'Mutiara Hati' di TV9. Cerita tu banyak mempengaruhi kehidupan sehariannya. Paling ketara, 'slang indon' dia ler apa lagi! Tapi, sekurang-kurangnya, eja dah pandai solat dan pandai berdoa walaupun usianya belum mencecah 3 tahun. Alhamdulillah...
Dikuasakan oleh Blogger.