Mengecat Ler Pulak

sental habis-habisan nampak! Untung ler penyewa tu masuk rumah dah bersih. Kalo orang kat kampung cakap...'berkliiinnn!'macam sedap jek kayu-kayu yang aku cat ni, macam coklat ferraro rocher jek
Hari Sabtu lepas, aku ngan wife pi mengecat rumah kami di Taman Perling. Penyewa baru tu nak start masuk hari esoknyer. Seawal pukul 8 pagi aku dah antar wife ke opis dia dulu sebab katanya nak siapkan sedikit kerja. Lepas antar wife aku bergegas ke Taman Perling sebab kontraktor TNB nak buat penyambungan elektrik. Dah settle penyambungan elektrik, aku ke kedai elektrik berdekatan nak beli kipas syiling dan 2 set lampu kalimantang. Pastu aku bersihkan apa yang patut kat rumah tu. Tau jek la, rumah tu dah lama kosong. Dah 2 tahun genap terbiar camtu jek. Nasib baik tak banyak yang rosak. Cumer genting bumbung bilik utama jek yang pecah. Itupun aku dah settlekan last week.
Lebih kurang pukul 1.30 petang, Tinky Winky datang nak tolong aku mengecat. Sebelum start tu kitaorang gi lunch dulu. Masa kitaorang ngah lunch tu, mummy datang terus dari opis dia. Nak tolong samer katanyer. Eja ngan Anteng tak ikut. Diaorang dok kat rumah jek ngan bibiks. Kalo ikut, sure ler kitaorang tak leh nak buat kerja. Kena melayan karenah Eja la plak karang.
Pastu, kitaorang gi kedai cat, beli peralatan mengecat dan pilih kaler aper yang sesuai. Kalo aku yang pilih sorang-sorang takut mummy tak berkenan plak. Lebih baik masa dia ada sekali lagi senang. At last, kitaorang pilih kaler coklat cair (warna milo) untuk dinding manakala untuk gate, grill, tiang dan kekisi tingkap, kitaorang pilih kaler coklat (macam coklat yang kita makan tu ler...emmm sedapnyer...). Lebih kurang 2.30 petang baru ler kitaorang start mengecat. Perhhh....sampai kol 10 malam baru ler siap. Abis sengal-sengal seluruh badan dibuatnyer. Dua tiga hari tak hilang lenguh. Sakit-sakit wa cakap lu...
Abis mengecat, kitaorang gi dinner. Tapi tu ler, makan pun tak selera sebab penat sangat. Makan mee sup jek ler. Sampai rumah, Eja ngan bibiks dah tido. Anteng jek sengsorang yang tak tido lagi. Agaknyer menunggu mak bapak dia balik. Tu gambar-gambar di atas tu si Tinky Winky yang tangkap. Tapi gambor dia takdak sebab masa nak ambik gambor dia, bateri dah kong kali kong. Lupa nak charge...kwang kwang kwanggg...Sorry ler Tinky Winky, lain kali ler aku ambik gambor ko yek!
Dikuasakan oleh Blogger.