Berbuka Puasa Di Luar

Semalam petang Eja dan Anteng ajak Papa dan Mummy berbuka poser di luar. Eja asyik menyebut nak berbuka di hotel. Memang semalam opis aku ada jemputan dari Tourism Malaysia Johor untuk berbuka poser di New York Hotel. Kebetulan plak, New York Hotel tu berdekatan dengan opis Mummy. Lepas ambik Mummy dari opis, kami ke hotel tersebut. Tapi ntah macam mana, tak jadi plak nak berbuka poser di situ. Kami tukar plan. Last last, kitaorang gi berbuka poser di Nina Catering di Plaza Pelangi. Anteng dan Eja makan nasi beryani ayam, Papa plak makan nasi beryani daging manakala Mummy makan soto nasi. Lepas berbuka, kitaorang berjalan-jalan di Plaza Pelangi dan kemudiannya plak ke Plaza Angsana untuk cari keperluan raya budak berdua ni.
Dikuasakan oleh Blogger.