Shopping Baju Raya

Semalam bawak anak-anak aku ke Jusco Tebrau City nak belikan diaorang baju dan kasut raya. Kalo ikutkan memang ler susah nak beli barang-barang ni kalo bawak diaorang samer. Al-maklum, eja tu tengah lasak. Tak reti duduk diam. Ada jek benda yang nak dibuatnyer. Memang ler poning pala. Mana nak pilih baju, mana nak tengokkan dia. Dalam sekelip mata jek dia boleh lesap ke mana-mana. Tapi kalo tak dibawak sekali, kesian plak kan, asyik kena tinggal kat rumah jek ngan bibiks. Tak dapat la nanti dia merasakan kemeriahan nak menyambut raya. Bebudak la katakan! So, nak taknak, kena ler bawak sekali!
Dikuasakan oleh Blogger.