Rumah aku diserang Anai-anai

ni nama company pest control yang bubuh racun anai-anai tuni plak racun yang digunakan. Racun ni katanya gred 3. Memang bahaya sakan. Dia bagi warranty 5 tahun, anai-anai takkan berani datang dekat alatan yang digunakan Ni bahagian anjung rumah aku
brader ni ngah sembur racun kat bahagian jenang pintu yang kena serang ngan anai-anai
Rumah aku yang aku beli di Bandar Uda Utama yang memang kosong 2 tahun lebih semenjak dapat kunci hingga sekarang, yang aku beli pada bulan April 2001 dulu diserang anai-anai. Abis pintu bilik air bilik utama dengan pintu dapur dimakannya. Pintu tu terpaksa la kena ganti baru. Kebetulan plak, ada orang nak sewa rumah tu. Agaknya pemaju ni memang tak bubuh racun anai-anai agaknya. Iyer ler, lain pemaju lain plak ragamnya. Kalo rumah aku yang kat Taman Perling di bawah pemaju Pelangi Berhad, memang ada letak racun anai-anai ni. Siap ada warranty 5 tahun lagi. So, far, alhamdulillah, walaupun rumah kat Taman Perling tu dah berusia 8 tahun, nampak gayanya, takder plak tanda-tanda dikunjungi anai-anai. Mudah-mudahan ianya terus camtu.

Semalam aku ngan Mommy gi tengok rumah kami kat Uda Utama tu. Tengok diaorang masukkan racun anai-anai dalam tanah sekeliling rumah. Kesian gak aku tengok brader yang gerudi lantai rumah tu. Dia kata keras giler, sampai habis mata gerudi dia. Harga mata gerudi tu RM 200 lebih. Ermm, kesian gak. Satu hari suntuk gak la diaorang ambik masa menggerudi dan meletakkan racun tu. Kos letak racun ni jek kena RM 1,300. Fuhh!! Pasni plak kena uruskan elektrik dan air plak, tak tau ler berapa semua kos nak uruskan benda-benda ni sumer. Tu tak termasuk lagi kos untuk pasang lampu dan kipas. Eeii banyaknyer!!!
Dikuasakan oleh Blogger.