Exam LIAM

Petang semalam aku ambik exam LIAM bersama-sama ngan 4 orang yang aku bawa sekali. Exam start kol 2.30 petang hingga 4.30 petang. Exam tu dijadualkan di Bangunan AIA JB. Kitaorang sampai kol 2 petang. Kol 2.20 pm dah masuk dalam dewan peperiksaan. Tetiba, pukul 3.00 petang masa diaorang tengok slip exam aku, tup-tup diaorang bagitau aku sepatutnya ambik exam tu kat Taman Perling. Laa...kecoh dibuatnya. Mana taknya, exam tu berakhir pukul 4.30 pm. Ni dah setengah jam aku duduk dalam dewan tu, baru dibagitau aku kena gi Taman Perling plak. Tapi nasib, aku sorang jek yang kena, bebudak yang 4 orang lagi tu memang betul kat situ. So, nak tak nak, aku terpaksa la bergegas ke Taman Perling. Sampai kat sana dah pukul 3.30 pm. Dapat kertas periksa, pastu masa yang tinggal cumer ada 50 minit jek lagi nak abiskan 100 soklan. Haa ambik ko...jawab ler kelam kelibut. Ni memang tak confident ler boleh lulus, sebab bila masa tamat, aku baru dapat jawab lebih kurang 60 soklan jek. Ada 40 soklan lagi tak berjawab. Main tenyeh jek la. Soklan objektif, nasib ler...
Habis exam, aku ambik Mommy kat rumah, pastu kitaorang terus balik BP sebab nak ambik bebudak tu balik JB. Sampai BP pun dah maghrib. Kitaorang tido satu malam di BP. Hari Ahad baru balik JB.
Dikuasakan oleh Blogger.