Anugerah Pelajar Cemerlang Kumon

Anteng dapat 'Anugerah Pelajar Cemerlang' sebagai Advance Student dalam kategori dia dalam Kumon. Anugerah ini diberikan sendiri oleh Presiden Kumon peringkat Asia & Oceania, Mr Akira (macam jenama barangan elektrik jek kan) di Starhill Resort pada 29 Disember 2007 yang lalu. "Tahniah untuk Abang dari Papa, Mommy dan Eja. Semoga dengan anugerah ini, abang akan berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di masa-masa akan datang. Doa kami akan sentiasa mengiringi dirimu."

Post a Comment

0 Comments