Selamat Ulangtahun Rafique

Semalam kitaorang balik BP sebab Achik (adik Mommy) nak kawin. Kebetulan plak, malam sebelum majlis pernikahan tu, bezday Rafique (yang pakai baju Billabong warna hitam dalam gambar di atas). Rafique ni sepupu Eja dan Anteng sebelah Mommy. Ayah si Rafique buat majlis nak celebrate. Lagipun ramai bebudak masa tu. Semuanya sepupu-sepapat Eja dan Anteng. Tapi, macam selalu lah, Eja dan Kimmy sure dok depan kek nak tiup lilin. Memang kalo ada sesapa punyer majlis bezday, sure diaorang berdua ni yang tolong tiupkan lilin. Biasa ler bebudak...
Dikuasakan oleh Blogger.