Siapa Ni?

Semalam aku gi KL lagi sebab nak submit dokumen ke MPOB di Kelana Jaya dan pejabat Delima Oil di Jalan Gurney. Handphone aku tertinggal kat rumah masa aku nak bertolak naik bas. Kebetulan Mommy bawak h/p dia. So, aku terus guna h/p dia jek la. Mommy plak guna h/p aku. Bila aku balik dari KL, aku bukak kat galeri dalam h/p aku, terjumpa ler gambor minah sorang ni. Ewah...ewahh...ewaahhh...!!! Bukan main posing lagi dalam h/p aku yek? Oleh kerana anda telah berjaya berposing menggunakan h/p pokcik, maka...jeng...jeng...jengg!! Anda telah dipilih memenangi hadiah berupa posing sampai pengsan kat dalam blog ni bior satu dunia semua dapat tengok wajah anda. Untung2 pasni sure ramai yang nak berkenalan. Tahniah!!!

Post a Comment

0 Comments