Cabut Gigi Geraham Bongsu



Malam semalam aku, mommy, anteng dan eja gi Klinik Pergigian Irma Ariandi di Plaza Larkin, Johor Bahru sebab dah buat appointment ngan dentist nak cabut gigi geraham bongsu aku. Ahad tuhari aku cumer buat tampalan jek. Pastu doktor tu bagi masa seminggu fikir sama ada nak cabut atau nak buat rawatan akar. Gigi geraham aku tak rosak, cumer pecah kat bahagian atas jek. Rasanya pecah sebab masa main futsal dulu. So, kira dah berlubang la. Kalau dicabut memang sayang la sebab takkan tumbuh lagi. Ermm, bila dah cukup seminggu tu, fikir punyer fikir, last sekali aku buat keputusan cabut jek. Nanti kalo ditampal2 takut akan datang sakit lagi. Kalau buat rawatan akar plak, kosnyer tinggi bebenor. Buat bazir duit jek aku fikirkan. Dan lagi, katanyer kalo buat rawatan akar tu....saaakiiiitt!!! Err...cabut jek la doktor, malas aku nak fikirkan lagi...Lepas giliran aku cabut gigi dah lepas, Mommy plak buat rawatan cucian dan polish gigi dia. Ni gambar-gambar kat atas ni masa kitaorang bertiga tunggu Mommy tengah buat rawatan. Masa ambik gambor ni, kat molot aku disumbat ngan kapas sebab baru lepas cabut...
Dikuasakan oleh Blogger.