Nak Ikut Ronda-ronda

Pagi semalam, masa kitaorang bersiap-siap nak pergi kerja, Eja tersedar dari tidur. Terus nak ikut antar Anteng pergi sekolah. Nak tak nak, terpaksa la bawak sekali sebab Eja mendesak nak ikut jugak. Agaknyer dia bosan hari-hari duduk kat rumah jek takder kawan. Sesekali nak jugak meronda-ronda. Lepas antar Anteng ke sekolah, terpaksalah pulang ke rumah semula antar Eja balik. Masa on d way balik tu, dia ajak plak singgah kedai makan nak bersarapan. Terpaksalah jugak bersarapan. Lepas habis sarapan dan antar Eja balik rumah, barulah kitaorang pergi kerja.
Dikuasakan oleh Blogger.