Bersihkan Kedai




anak bujang aku sorang ni dah boleh diharap dah...alhamdulillah
Semalam, Papa, Mommy dan Anteng bergotong-royong membersihkan kedai yang baru kami sewa. Eja dan bibik tinggal kat rumah saje. Insya Allah, kedai ni akan mula beroperasi pertengahan Mei nanti selepas lesen PBT kami perolehi. Kedai ni kedai setingkat, tapi memang selesa la persekitarannya. Terletak di Perling Square, Taman Perling. Paling best sebab kedai ni kedai baru, dan suasananya tenang saja. Insya Allah, dalam waktu terdekat ni kami akan buat 'renovation' untuk buat ruang pejabat dan ruang niaga. Pastu pasang penghawa dingin dan apa-apa lagi la yang dirasakan patut agar selesa ketika berada di kedai nanti.

Post a Comment

0 Comments