Urusan di Kuala Lumpur



Bertolak ke KL menaiki bas 'Konsortium Bas Ekspres' seawal pukul 6.30 pagi dari JB. Mommy dan Anteng antar aku di Terminal Bas Larkin. Lebih kurang pukul 9.30 pagi aku turun di Hentian Sebelah Serdang sebab dah janji ngan Pokda nak ambik aku di situ. Pokda bertolak dari Batu Pahat menaiki kereta. Sementara tunggu Pokda dan Achik sampai, aku bersarapan dulu. Diaorang sampai pukul 10.10 pagi kemudian kami terus bertolak ke Kelana Jaya menaiki kereta. Setelah selesai urusan kami di Kelana Jaya, kami bertolak plak ke pejabat Sime Darby sebab ada appointment dengan pegawai di situ. Kitaorang lunch sama2 makan nasi lemak berlauk kat area berdekatan (kat mana tu, aku tak tau, tapi dekat2 gak la kat situ). Urusan selesai lebih kurang pukul 2 lebih. Pastu Pokda dan Achik antar aku ke Pudu Raya. Aku beli tiket bas untuk ke JB. Kol 3.30 petang baru aku bertolak balik JB. Bas berhenti rehat di Lucky Garden Restaurant di Yong Peng. Tu gambor2 kat atas tu masa berhenti rehat di Yong Peng. Aku sampai JB dalam pukul 7 petang.
Dikuasakan oleh Blogger.