Cuci Handphone



Pagi semalam masa breakfast, aku terima panggilan telefon dari Mommy. Bibik call bagitau kat Mommy dia terbasuh handphone Anteng. Handphone tu termasuk ke dalam mesin basuh. Lepas breakfast, aku balik rumah sekejap nak tengok apa yang dah jadi. Emmm...handphone tu dah penuh air. Mana taknyer, dok berendam dalam mesin basuh. Ntah-ntah Bibik dah putar sekali ngan baju-baju yang dibasuhnyer. Kata Eja, Bibik basuh handphone tu sebab 'berabuk' (kotor la tu maksudnyer). Budak2, biasa la, dia ingat orang basuh sebab kotor, walhal, orang tua tu tak sengaja...Tak pasal-pasal plak nak kena betulkan. Aku dah cuba keringkan menggunakan hair dryer, tapi still tak boleh nak 'on'. Pastu aku pi hantar kedai la, suruh kedai check kut2 boleh diperbaiki.

Bila time aku ambik Anteng balik sekolah, aku bagitau la kat dia yang handphone dia Bibik basuh dalam mesin basuh. Mula tu aku ingat sure dia mengamuk. Tau jek la anak bujang aku ni boleh tahan gak panas barannyer. Sekali tu, tekaan aku meleset. Bila dapat tau jek handphone dia masuk dalam air, punyer la dia suka. Siap cakap kat aku..."Ermmm...abang rasa nak tukar handphone baru la...!" Adui la....terkedu aku dibuatnyer...HAHAHA!!!
Dikuasakan oleh Blogger.