Citrawarna Citrarasa Malaysia 2008

Majlis Perasmian Bulan Citrawarna Citrarasa Malaysia diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor bersama-sama Menteri Pelancongan Malaysia. Perarakan bermula 8 malam dan berakhir pukul 11.20 malam diikuti dengan pertunjukan bunga api selama 25 minit dan diakhiri dengan persembahan artis-artis jemputan seperti Fazli Zainal, Ramli Sarip, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Walaupun kadangkala hujan turun agak lebat, para pengunjung masih setia menunggu hingga ke penghujung acara.
Dikuasakan oleh Blogger.