Kekurangan Air Dalam Badan

Keadaan ayah aku semakin teruk. Ayah takleh makan dan sukar bernafas disebabkan lehernyer yang semakin membengkak. Disebabkan ayah sukar untuk makan dan minum, aku dan ibu membawa ayah ke Klinik Bio-Sucinas di Bandar Baru Uda untuk memasukkan air ke dalam badannya. Kami tak membawanya ke hospital disebabkan ayah enggan. Kerana untuk menjaga hatinya, maka, kami bawa ayah ke klinik sahaja. Proses tersebut mengambil masa 2 jam lebih. Kami hanya duduk di kerusi klinik tersebut berdua sementara menunggu ayah selesai. Selepas 2 jam, doktor memanggil kami masuk. Selepas menerangkan serba-sedikit keadaan ayah, doktor meminta ayah dan ibu tunggu di luar sementara doktor ingin berbual dengan aku berdua sahaja. Doktor memberitahu bahawa dia suspect ayah sebenarnya menghidap sejenis kanser kelenjar. Dia memberitahu, sekiranya keadaan ayah tidak setabil, dia menyuruh aku menghantar ayah ke Bahagian Kecemasan, Hospital.
Dikuasakan oleh Blogger.