Kembara Mahkota Johor 2008

Pagi ni, pelancaran acara Kembara Mahkota Johor 2008 diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Majlis pelancaran selesai lebih kurang pukul 10 pagi. Lebih kurang pukul 11 pagi aku bertolak balik ke Batu Pahat untuk menjemput ayah dan ibu ke Johor Bahru untuk membawa ayah ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan lanjut penyakit tyroidnyer. Dah dekat sebulan tak sembuh. Dah bawa ke klinik dan hospital Batu Pahat. Ujian sampel pun dah ambik. Tapi ujian tersebut kena ambik masa sebulan untuk dapatkan keputusannya. Kononnya, dengan membawa ke General Hospital, Johor Bahru, mungkin akan mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Lebih kurang pukul 2 lebih aku, ayah dan ibu bertolak ke Johor Bahru dan terus ke HSA. Macam-macam pemeriksaan yang doktor buat. Pakar ENT la apa la. Last sekali kena rujuk ngan Pakar Bedah HSA. Tapi masa nak rujuk ke Pakar Bedah tu, dia suruh datang pada hari Isnin depan. Terpaksa la menunggu lagi 4 hari. Akhirnya, ayah dan ibu terpaksa la duduk kat rumah aku sementara menunggu untuk appointment dengan Pakar Bedah hari Isnin depan.

Post a Comment

0 Comments