Meja Tulis Untuk Eja

Lepas selesai kerja-kerja aku, balik rumah ambik Mommy, Abang dan Eja. Diaorang menunggu jek seharian nak dibawa jejalan. Kesian anak-anak aku...Hari cuti pun bapak diaorang kena kerja yek? Untuk tidak menghampakan diaorang, walaupun sibuk bekerja, sempat gaklah luangkan sedikit masa yang ada tu untuk bawak diaorang gi jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping. Masa kitaorang gi Mydin tu, Eja berkenankan meja tulis yang macam di dalam gambar di atas tu. Ermm...sebab nak ambik hati dia, belikan gak la. Kebetulan plak sekarang ni, Eja tengah suka sangat nak belajar. Kira memang bertepatan la kitaorang belikan dia meja tulis. Balik jek rumah, malam tu jugak lepas mandi, terus jek duduk depan meja tulis, nak belajar. Bersemangat betul! Alhamdulillah, baguslah kalo camtu yek. Tak sia-sia gak la belikan meja tulis untuk Eja.
Dikuasakan oleh Blogger.