First Day Kumon

Seperti yang telah dijanjikan, harini merupakan first day Eja belajar di Kumon. Hari ni jugak yang akan menentukan tahap kebijaksanaan Eja bagi menentukan level mana yang sepatutnya Eja bermula. Dalam hati kami, tak sabar-sabar nak tahu sejauh mana kemampuan Eja. Alhamdulillah, gembira rasanya bila diberitahu oleh Pengetua Kumon Larkin Perdana, Eja sebenarnya dah pandai menulis 1,2,3 dan kenal nombor-nombor tersebut. Perkara ni sebenarnya di luar jangkaan kami. Iyalah, Eja tu belum pun 4 tahun umurnya. Tup-tup kami diberitahu dia dah kenal nombor dah, alhamdulillah. Pengetua tu pun ingatkan Eja ni dah masuk sekolah tadika. Laa, kami pun antara percaya dengan tidak apabila Pengetua cakap camtu. Eja ni memang kadangkala di luar jangkaan. Patutlah dia beriya-iya untuk ke sekolah. Agaknya terlalu minat untuk belajar, tu sebab dia cepat dapat mengenal angka dan huruf. Dah besar dah rupanya anak dara aku ni...
Dikuasakan oleh Blogger.