Majlis Tahlil Hari Ketujuh

Hari ni genap seminggu ayah kembali ke rahmatullah. Kami pulang ke kampung selepas Maghrib kerana arinih Anteng bersekolah agama sehingga pukul 6.30 petang. Majlis tahlil hari ketujuh untuk arwah ayah dibuat selepas solat Isyak. Adik-beradik aku yang lain semuanya pulang awal ke kampung. Cumer keluarga aku jek yang agak lewat pulang. Iyalah, nak wat camner kan, dah Anteng sekolah balik lewat. Takperlah, asalkan kami dapat pulang juga. Sekurang-kurangannya kesedihan ibu dapat diubati sedikit dengan kepulangan anak-anak dan cucu-cucunya.
Dikuasakan oleh Blogger.